Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Abang Fathi & Adik Fadhil

Thursday, September 15, 2011
(With my sons)

Dengan kelahiran anugerah dari Allah S.W.T., Muhammad Fadhil Noor Bin Mohd Shafiq pada hari Selasa, 24 Syaaban 1432 bersamaan 26/07/2011, jam 6.20 petang, kami sekeluarga amat bersyukur dan berterima kasih yang teramat sangat kepada Allah Tuhan Yang Maha Pencipta... Hanya Allah sahajalah Pemberi Nikmat kepada hamba2 yang Dia kehendaki... Semoga bertambah rezeki yang halal bagi kami, dimurahkan rezeki, diredhoi dan dirahmati oleh-Nya...

Dengan ini, Muhammad Fathi Bin Mohd Shafiq telah dinaikkan pangkat menjadi Abang kepada Adik Fadhil ye... Semoga kedua-duanya menjadi anak yang soleh, bijak pintar, mentaati Allah, mentaati ajaran RasulNya serta mendengar kata2, menghormati dan mentaati ummi & walid...

Terima kasih yang tidak terhingga buat isteriku yang amat ku cintai kerana melahirkan anak kita buat kali ke-2nya (jangan serik lagi, janji dulu nak cukup quorum satu team bola sepak) Hehe... Penderitaanmu tatkala melahirkan baby kita yang kedua ini menjadikan pengajaran dan ikhtibar buat diriku atas pengorbananmu dan cintamu pada suamimu ini... Berpeluang jua abang melihat baby kita 'keluar' dari alam yang satu lagi... Ini pengalaman yang begitu berharga... Semoga keberadaan abang disisimu memberikan semangat dan keyakinan pada mu... Syukran wa uhubbuki fillah hubban jamma...

Semoga kita semua dilimpahi dan dianugerahkan rezeki yang tidak diketahui... Hanya Allah sahaja yang layak menentukan rezeki, ajal maut, jodoh pertemuan, hanya hak Allah S.W.T...


(Beraya dalam pantang)

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين اماما

Ya Allah, jadikanlah kami orang mendirikan solat serta dari zuriat kami yang mendirikan solat...
Ya Allah perkenankanlah doa kami...

Amin Ya Rabb Al-'Alamin...

Full Cream Growing-Up Milk : HALIB'S

Tuesday, April 19, 2011
Full Cream Growing-Up Milk : HALIB'S

Alternatif halal dan suci kepada susu membesar kanak-kanak 1 thn ke atas.
Susu lembu yg diperkaya dgn kismis dan kurma.
Bawah piawaian Islamic Manufacturing Practice

PROMOSI PEMBUKAAN: 5 kotak hanya RM105.00 sahaja :)

Harga Pasaran RM 22.00 (Harga tidak termasuk pos)

Sila PM utk sample & oder.


Link FB:
http://www.facebook.com/pages/Susu-Halibs-Teluk-Intan-Tapah-Bidor-Subang-Jaya-Seremban/213596978656330

Halib's adalah susu yang telah dikeluarkan oleh IMP (Islam Manufacturing Practise) adalah susu penuh krim yang mengandungi kalsium, kismis dan kurma.

Kismis

Menurut pandangan pakar-pakar pembangunan kanak-kanak, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalsium yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Kismis juga mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak. Kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Kurma

Kurma ialah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera. Kajian sains membuktikan buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium.Kanak-kanak amat digalakkan memakan buah kurma kerana ia dapat membantu dari segi proses pembesaran dan pembentukan minda kanak-kanak.

Seaweed Calsium

Seaweed Calsium diekstrak daripada rumpai laut yang merupakan kalsium organik yang paling mudah diserap olh tubuh kita. Ia merupakan sumber kalsium yang baik dan efektif untuk tubuh berbanding sumber kalsium yang lain.

L-Lysine

L-Lysine merupakan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Ia amat diperlukan oleh tubuh kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium.


Contact Person:

Mohd Shafiq Mohd Kassim - 019-6647099 (ibn_qasim83@yahoo.com)

Nurulhidayah Nurudin - 019-3218296 (mynur03@yahoo.com)

Zawjati Habibati & Fathi Qurratul A'yun

إلى رفيقة قلبي.... أحبك حبا جما... لعل الله يجعل أسرتنا أسرة تمتلئ بالمحبة والمودة والسكينة... إن شاء الله

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menanti suaminya dan menjaga kehormatannya, maka dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana saja yang kamu kehendaki" (Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak diperbolehkan seorang wanita berpuasa (sunnah) sedangkan suaminya ada di rumah tanpa izinnya. Dan tidak boleh ia memasukkan orang lain ke dalam rumahnya tanpa izin suaminya. Dan tidak pula berinfak daripada harta suaminya tanpa perintah suaminya, jika infak dikeluarkan, maka separuhnya kembali kepada suaminya." (Hadis riwayat Bukhari)

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa." Al-Qur'an 25:74

Past is experience, Present is experiment and Future is expectation. Use your experience in your experiments to achieve your expectations.

Past is history, Future is Mystery and Current is Gift. That why it is called Present.

Thank You, Ya Rabb! Love You, Ya Allah!

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Air Mata Permata

Tuesday, November 30, 2010
AIR MATA PERMATA
By: Budi Murni

Dalam tangis ada bahagia
Dalam tawa ada derita
Dalam dingin air mata
Ada rahmat dari Yang Esa

Dalam samar di malam hari
Dalam syahdu di kala sunyi
Rindu tak tertahan lagi
Air mata tertumpah jua

Ku genggam tangan
Di dalam hati
Penuh pasrah
Pada ilahi

Oh Tuhan tolonglah
Sambutlah tangan ku ini
Tiada lagi yang ku pinta
Selain rahmat dalam redhaMu
Agar nanti air mata
Jadi permata

Kata Semangat Pemangkin Diri...

Thursday, November 25, 2010
Past is experience, Present is experiment and Future is expectation.

Use your experience in your experiments to achieve your expectations.